?> Astro Umum Kolaborasi Mega di Antara Malaysia-Indonesia Dalam Projek Nusantara "DO[S]A"

Astro Umum Kolaborasi Mega di Antara Malaysia-Indonesia Dalam Projek Nusantara "DO[S]A"

Redaksi

Mini Siri Premium Eksklusif Bakal Guna Khidmat Pengarah Terbaik 2011 Indonesia

JAKARTA, FokusIndonesia.com -Peneraju kumpulan kandungan dan konsumer di Malaysia, Astro Malaysia halal menampilkan sebuah mini siri Nusantara premium eksklusif bertajuk DO[S]A di platform digital, "on demond" seiring dengan tayangan di televisyen menerusi salah satu saluran Melayu Astro; Astro Citra. Mini siri yang dijangka akan menemui penonton pada hujung tahun ini telah memulakan sasi penggambarannya pada bulan Juli baru-baru ini di Jakarta, Indonesia serta Lumpur, Malaysia. Salah satu kelainan mini siri ini adalah ia menawarkan penonton untuk menyaksikan kesemua 8 epusod (berdurasi satu jam bagi setiap episod) platfom "on demand" secara waktu serentak (binge watching).

DO[S]A merupakan karya asal Ketua Unit Drama Premium & FIIem Astra, Saniboey Mohd lsmail dan Salman Aristo, yang turut bertindak sebagai penulis skrip untuk naskhah ini. Salman, satu nama yang cukup disegani di Indonesia merupakan penulis skrip untuk karya-karya pecah panggung seperti "Ayat-Ayat Cinta", "Laskar Pelangi", "Garuda di Dadaku" dan "Sang Penari". Pencapaian terkini Salman adalah di Festival Filem Indonesia 2016 yang mana beliau telah dinobatkan anugerah penulis lakon layar terbaik untuk filem "Athirah" turut sama terlibat sebagai penulis skrip untuk karya ini adalah saudara M Rino Sarjono.

lstimewanya lagi mini siri ini turut mendapat sentuhan daripada pengarah terbaik itu be itu 2011 yaitu lfa lsfansyah. lfa lsfansyah yang merupakan seorang sutradara yang begitu begitu berbakat besar dan amat dihormati di republik ini, mula menempa nama menerusi pengarah filem-filem hebat seperti "Sang Penari", "Garuda Di Dadaku" dan "Pendekar Tongkat Emas" .

Selain itu, mini siri ini akan menggunakan khidmat Pengarah Fotografi terkenal, Yandi Sugandi yang sebelum ini telah melahirkan stail visual yang cukup memukau untuk karya-karya seperti "Apa Dengan Cinta 2", "Laskar Pelangi", "Sang Penari", "Darah Garuda" dan banyak lagi. Pada masa yang sama, DO[S]A turut menampilkan Cecep Arif Rahman sebagai Pengarah Koreografi adegan aksi untuk melatih dan mempersiapkan para pelakon dengan disiplin silat dan koreografi seni mempertahankan diri. Cecep sebelum inidikenali menerusi filem Indonesia "The Raid: Berandal" Menerusi pengalaman dan kekuatan yang dimiliki oleh setiap pemain utama di belakang tabir DO[S]A ini mereka menjanjlkan akan memberi kelainan pada mini siri bergenre aksi ini.

DO[S]A dibarisi pelakon-pelakon hebat gabungan tiga buah negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura bagi menggerakkan setiap watak dalam jalan cerita. Nama-nama yang terlibat adalah seperti Dato M.Nasir, Remy lshak dan Daniella Sya dari Malaysia, Ashraf Sinclair, Roy Marten, Maudy Koesnaedi, Hannah Al Rashid, Reuben Elishama dan Tegar Satrva dari Indonesia, serta Shenty Feliziana dan Hisyam Hamid dari Singapura.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Dato Khairul Anwar Salleh berkata, ”lni merupakan kerjasama sulung Astro yang MeIibatkan Malaysia lndonesia dalam melahirkan mini siri Nusantara premium eksklusif istimewa untuk tontonan ramai. Sebelum ini, Astro telah memulakan beberapa projek bagi menembusi pasaran serantau seperti "3 AM. Bangkok Ghost Stories" dengan pihak penerbitan dari negara Thailand, naskhah seram bertajuk "Door" dengan penerbitan Filipina, dan akan datang "Heist" dan Polis Evo2" dengan kerjasama Republik Indonesia dengan ini sendiri, Indonesia. Kami yakin, adalah sangat Iuas, patensi ruang perniagaan yang baleh diterokai dirantau Asia ini adalah sangat luas, justeru kami menyasarkan akan ada Iebin banyak Iagi kanaungan projek seumpomanya bakal dihasilkan di masa-masa yang akan datang".

Mengulas pula mengenai pemilihan pelakon dan Ifa Isfansyah sebagai pengarah DO[S]A Dato Khairul berkata, ”Saya begitu teruja dengan barisan utama yang ditampilkan di bahagian hadapan dan belakang kamera bagi menjayakan naskhah ini, Bakat mereka terletak di kelasnya yang tersendiri dan saya yakin, gandingan sehebat ini mampu mencetuskan satu fenomena baru dalam landskap seni serumpun khususnya. Dalam pada itu, kami memilih Ifa Isfansyah sebagai pengarah untuk projek ini kerana walaupun usianya masih muda, beliau mempunyai pengalaman yang cukup luas dan kami rasakan beliau mampu menterjemahkan jalan cerita ini menjadi sebuah kandungan terbaik. Karya-karya beliau amat berkualiti dan berjaya diterima ramai, Kami yakin, pemilihan beliau adalah keputusan yang tepat dan beliau mampu mengemudinya dengan sebaik mungkin."

Dianggarkan sebanyak 90 peratus dari sesi penggambaran bakal dijalankan di Jakarta, melibatkan kawasan di sekitar Jakarta Barat hingga Jakarta Timur dan selebihnya adalah di lokasi-Iokasi utama di sekitar Kuala Lumpur seperti Kampung Baru, Putrajaya dan Kiang. Mini siri DO[S]A dijangka sarat dengan babak-babak yang mendebarkan, aksi su5pen dan ganas. Namun begitu, pada masa yang sama turut diapit dengan pergolakan emosi, ikatan kekeluargaan serta bibit percintaan.

DO[S]A mengisahkan tentang empat beradik dibesarkan oieh bapa tunggai mereka, Latif (Dato M.Nasir), dengan nilai-nilai kesederhanaan, pegangan agama yang kuat, dan disiplin persilatan. Fuad (Ashraf Sinclair), Farid (Remy Ishak), Fahad (Hisham Hamid), dan Fara (Shenty Feliziana) hidup bersama bapa mereka dipelusuk paling sunyi Kampung Baru, Kuala Lumpur. Di situ, mereka menjalani kehidupan hampir tersembunyi daripada masyarakat, berlatih ilmu persilatan hari demi hari. Seolah-olah bersiap-siaga untuk menghadapi sesuatu. Rungutan mereka, terutama daripada Fara yang semakin memberontak langsung tidak diendahkan oleh bapa mereka. Rutin harian yang memerlukan adik-beradik ini bertumbuk, bertendang dan berhayun parang sesama sendiri akhirnya turut mewuiudkan ketegangan di antara mereka di luar gelanggang.

Perhubungan keluarga ini semakin bergolak apabila Fara berkenalan dengan seorang lelaki Indonesia, Arian (Reuben Elishama), yang tiba dari Jakarta semata-mata untuk berjumpa dengan Latif. Dalam usaha Arian melembutkan hati Fara untuk membawanya bertemu dengan Latuf, mereka menjadi semakin rapat. Menyedari akan hal ini, abang sulung Fara, Fuad yang seolah-olah mengetahui tujuan Arian mencari Latif menghalang Fara untuk terus benemu dengan Arian. Fuad kemudian bertindak mengusir Arian pulang ke Jakarta. Menjanjikan bahawa Latif tidak mahu lagi ada kaitan dengan "orang-orang seperti Arian".

Berang dengan tindakan Fuad, Fara bertindak mengekori Arian ke Jakarta, tanpa mengetahui bahaya yang menanti dirinya di situ. Sebaik sahaja Fara keluar daripada pintu ketibaan di lapangan terbang Jakarta, dia terus diculik, dihumban ke dalam van, lalu dikurung di dalam sebuah gudang.

Tidak mengetahui nasib adik mereka, Fuad, Farid dan Fahad dihantar Latif ke Jakarta untuk membawa adik mereka pulang. Di sana, ketiga-tiga beradik itu sering mendapati diri mereka diserang tanpa sebab yang pasti, sekaligus memaksa mereka untuk mempertahankan dnri di dalam pertempuran-pertempuran yang ganas. Arian yang baru mendengar mengenai berita penculikan Fara turut berganding bahu membantu abang-abang Fara. Semakin lama mereka di Jakarta, semakin banyak yang mereka mula fahami (entang asal usul keluarga mereka dan siapa bapa mereka yang sebenamya. Sebelum mereka sedari, mereka terjerumus di tengah-tengah pergelutan hasa di dalam dunia kongsi gelap Jakarta. Hanya mereka yang mampu mengakhirkan perang ini, walau sebesar mana pengorbanan yang diperlukan. (Sum)

Top